Khamis, 1 Disember 2016

Travelog


Salam semua,

Aku dah start menulis travelog.
Aku tak sure nak tulis kat sini atau buat blog baru.
Aku tau blog2 ni macam dah obsolete, tapi buat masa ni aku buat je la blog baru.
So kalau rajin sila lah jenguk kat bawah ni.

Travelog NaSh

Nanti jelah fikir nak buat camne.
Asik fikir je karang, apa pun tak buat.
Baik buat je dulu, fikir kemudian.
Eh fikir sambil buat.
Apa-apalah.
Enjoy.

nash azly

Khamis, 18 Ogos 2016

Blogger hidup segan mati tak mahu

Salam,

Sejak dua menjak ni aku berfikir-fikir nak buat website baru untuk kegunaan aku, samada personal atau pun untuk kerja-kerja penulisan aku. Since aku dah ada blog kat blogger ni, aku pun jenguk2 balik kalau2 ada improvement dalam blogger yang aku tak perasan.

Tak ada! Sama je dari dulu sampai sekarang. Tak ada template tambahan ataupun function tambahan apa2 pun. Aku usya-usya la template nak kasi tukar angin sikit, hampeh, takde template yang menarik langsung.

Apa nak jadi la blogger ni. Aku tau la bende ni free. Dan takde untung pun kat Google. Rugi ada la kot. Tu sebab aku rasa diorang pun malas nak upgred servis blogger ni. Tunggu masa je nak tutup. Nak lawan WP memang banyak tiang la kalah.Chewah macam la aku pernah pakai WP.

So aku tukar jugak template kepada yang lebih kurang jugak, sebab ini je option yang ada dalam beberapa pilihan yang semuanya rupa sama, kaler dan corak je lain2. Aku try Dynamic, tapi sorrylah, lagi tah apa2.

Serius zaman 2016 ni kalau aku tengok website personal mahupun bisness orang lain, macam langit dengan bumilah lainnya dengan blogger punya blog yang masih stuck pada 2006. Memangla boleh customize, tapi tak ada masa lah aku nak customize sangat. Zaman 2016 ni patutnya tak payah dah buat bende2 renyah ni.


Akak MK suggest aku pakai Wattpad since agak rancak kat situ. Hm ok aku try tengok apa yang aku boleh buat kat sana.

Thanks kalau anda baca entri ni sampai habis. 1st, anda mungkin kenal saya directly, 2nd anda sangat penyabar orgnya, 3rd anda sangat olskool sbb masih baca entri2 di dalam blogspot, 4th anda memang dah tak ada keje sangat dah.

Walaubagaimanapun, terima kasih :)

Until next time.

Ahad, 3 Julai 2016

Eh? Hidup lagi si Nash Azly

Salam ramadan hujung,

Orang berterawih, aku berblog.
Bila last aku tulis blog ni? 2 tahun lepas? 3 tahun lepas?
Ya, sudah lama.
Sampai nama Nash Azly tu dah hilang daripada dunia penulisan. Memang dari awal dia samar-samar je pun.

Kenapa muncul kembali? Ada novel baru kah?
Tidak, cerkon baru pun tak ada, novel jauh sekali.
Aku muncul sebab aku rasa aku kena munculkan diri semula.
Cukuplah aku berkelana mencari pengalaman.
Tiba masanya aku catitkan semuanya sementara masih sempat.

Oh, jadi kau nak menulis kembali lah ya?
Yalah, habis tu nak buat apa pulak.
Aku nak mula semula dari bawah.

Dari kosong.
.
.
.
OK kejap aku kena fikir nak start dari mana kosong nih.
Haih..

BRB


Rabu, 8 April 2015

Boracay : Day 1

Matahari mula melabuhkan tirai. Taburan bot layar dan catamaran membayangi pemandangan. Cantik. Sudah banyak sunset yang aku saksikan di merata-rata Asia Tenggara, namun setiap kali juga ia akan mengesan pada diriku.

  Suasana di Section 3 pulau Boracay masih meriah. Sekumpulain pelancong eropah dengan jaket keselamatan baru tiba di pantai dengan catamaran. Sepasang pengunjung asia berkulit cerah, barangkali dari China atau Korea sedang asyik bergambar menggunakan batang selfie yang popular kini. Ada juga beberapa anak2 tempatan yang berdiri saja2 di sudut2 deretan kedai, menikmati pemandangan pengunjung yang lalu-lalang.

  "Hey, tomorrow sea activity?" tanya seorang penarik pelanggan kepadaku. Selain pengunjung, mereka ini yang mencari makan dengan memberi perkhidmatan pada pengunjung juga ramai membanjiri pantai. Dan sejak setengah jam lepas, dia ini bukanlah yang pertama menegurku.

  "No, thanks."

  Aku baru sangat tiba. Kepalaku masih sedikit berat dek perjalanan sepanjang hari. Masih belum masanya untuk memikirkan tentang aktiviti esok. Malam ini kan baru bermula...


Ahad, 5 April 2015

Random

Post ini sangat random. Semalam sewaktu memandu, saya perasan mileage kereta saya dah sampai 22222, so saya pun suruh penumpang sebelah ambil gambar.

Ianya moment yang tak akan kembali. Membuatkan saya terfikir, kalau macam tu, semua momen yang dah berlalu tak akan berulang kembali kan?

Terpulang pada kita untuk pilih yang mana untuk diabadikan, dan yang mana untuk kita lepaskan pergi.

Back kata Adele, "We couldnt have it all...". Hah tu dia main quote je tah betul tah idak..

Okbye.

Nash Azly


Isnin, 7 Oktober 2013

Update : Zon Selesa

Assalam semua,

Saya dah lama tak update blog ini. Adakah saya juga dah lama tak menulis? Ya betul. Dah sangat lama sampai saya dah mula menyampah dengan keadaan saya ni. So saya dah buat keputusan. Untuk apa? Untuk menulis ke? Heh, karang buat keputusan menulis lepas tu tak menulis jugak, buat malu je.

Bukan. Saya dah buat keputusan untuk tidak berada di dalam zon selesa. Untuk sentiasa keluarkan diri saya daripada zon selesa. Setiap hari. Kalau dah selesa dengan ketidakselesaan tu, keluarkan lagi sekali supaya tak selesa semula.

So apa kena mengena dengan menulis? Bagi penulis amatur macam saya, proses menyiapkan manuskrip adalah satu proses yang sangat tak selesa. Perlu menyiapkan draf, editing, tulis semula dan lain2 yang sangat memenatkan. Fikir je pun dah penat. Kenapa nak susah2 penat2 menulis sedangkan dah hidup selesa dah sekarang makan gaji? Ha, itulah persoalan yang membuatkan saya perlu bertindak.

Bagaimana caranya nak keluar dari keselesaan ini? Sebenarnya ada banyak cara. Menulis entri ini di waktu bekerja kat ofis pun salah satu daripadanya. Dengan rasa bersalah dan macam2 lagi, saya terus menulis entri ini. Well saya ada reason saya sendiri ok. Tolong jangan judge saya makan gaji buta ke apa ke.

Selain itu, antara perkara2 lain adalah seperti park kereta di kawasan selain kebiasaan, kalau naik bas atau tren, cuba duduk di koc atau tempat yang lain daripada kebiasaan. Pakai pakaian yang sedikit berbeza, tukar gaya rambut kepada yang sedikit berbeza, atau cuba berjalan dengan cara yang berbeza.

Saya juga cuba fikir apakah perkara yang saya nak buat tapi saya selalu tangguh atau bagi alasan kat diri saya sebab saya nak elak daripada buat. Bila dah identify, saya akan buat. Takyah fikir alasan dah, buat saja. Get it over with, dan move on with my life.
 
Mungkin orang lain tak ada masalah ni, mungkin saya seorang saja. So saya kenalah handle kan, sapa lagi nak handle kalau tak saya sendiri. Eh, masalah ke ni? Masalah pun ya, tapi saya lebih suka lihatnya sebagai cabaran. Cabaran zon selesa.

Dan tidak menulis juga adalah satu cabaran keselesaan yang wajib saya atasi.


Nash Azly


Rabu, 10 April 2013

Dah sembuh?

Salam semua,

Alhamdullillah, nampaknya saya seperti dah boleh menulis semula. Macam mana tu? Entahlah, tiba-tiba saja boleh pulak tulis. Mungkin sebab hasil2 terapi yang telah saya lalui, dan juga hasil daripada consultation dengan guru penulisan saya. Yang penting saya dah mula menulis balik, dan insyaAllah akan cari momentum lagi selepas2 ni.

Namun begitu ini tidak bermakna masalah telah selesai! Sebagai penulis, saya sentiasa dirundung masalah. Daripada masalah tak boleh nak menulis, masalah kekangan masa, masalah identiti, masalah taktau nak tulis apa sampailah masalah kucing sibuk terberanak sampai mengganggu jadual menulis saya. Dan mungkin juga saya belum pulih sepenuhnya?

Tapi saya akan hadapi semua ini dan menganggapnya sebagai cabaran seorang penulis. Bosanlah kan kalau hidup ni tak ada cabaran. Macam ada satu malam tu, saya dah set nak siapkan satu cerpen yang tinggal lagi sikit nak siap. Alih-alih pulak on the way balik rumah kereta buat hal di tengah jalan. Nasib baik ada orang-orang yang baik hati sudi membantu. Sampai rumah dengan berpeluh-peluh dan mood menulis dah terbang. Tapi saya cuba lihat dari sudut yang terang (look on the bright side kalau omputeh kata) dan menganggapnya satu ujian daripada Tuhan. Masalah yang diberikan juga merupakan rahmat. Saya dapat kenal dengan orang yang tak pernah saya kenal, saya dapat tahu yang kereta saya tak boleh jalan dengan satu tayar terangkat, dan saya juga dapat idea untuk satu cerita (simpan dalam kotak je dulu).

Masalah writers block yang saya hadapi baru-baru ini juga memberikan saya persepsi baru terhadap dunia penulisan. Sepanjang saya tak menulis tu saya dapat selami diri saya sendiri, cuba cari apa sebenarnya yang saya nak dan macam-macam lagilah. Oleh itu sebenarnya masalah yang diberikan kepada kita secara tak langsung sebenarnya adalah satu cabaran. Cabaran untuk kita fikir penyelesaian yang paling sesuai, cabaran untuk kita putuskan samada untuk atasi atau untuk lari. Setelah kita atasinya, insyaAllah kita akan muncul kembali dengan lebih matang, lebih berpengalaman, dan mungkin lebih beberapa helai uban di kepala heheh.

Oleh itu, selepas ini jika saya menghadapi masalah lagi, saya akan tetap bitching dan whining itu ini, namun selepas itu, saya akan fokus untuk menyelesaikannya, dan tidak akan lari. Mungkin berundur seketika, tapi hanya untuk memikirkan strategi yang lebih sesuai. Macam mana sekalipun, cabaran adalah untuk dihadapi, dan masalah adalah untuk diselesaikan. Itulah kehidupan sebenarnya.

Okey itu saja saya nak bebel petang ni. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca bebelan saya.

Nash Azly