As-salam semua,
Bab 3 enovel Lagu Cinta Osaka (LCO) telah pun disiarkan di laman penulisan2u.my. Alhamdullillah ada juga nampaknya yang sudi mengikuti kisah tersebut. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca karya saya.
Adapun tujuan saya menulis pada hari ini adalah di atas permintaan seorang pembaca/peminat saya (fuh boleh tahan kau ada peminat :) ) yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang latar dan kisah di sebalik apa yang dihidangkan di dalam Bab 3 LCO. Daripada itulah maka saya akan bercerita serba sedikit berkenaan latar dan watak ala2 'behind the scenes' lah atau di dalam bahasa kitanya di sebalik tabir (DST).
Hm macam mana nak mulakan ya?
Oklah memandangkan latar Bab 3 LCO adalah Nipponbashi dan Namba, maka kali ni saya cerita tentang Nipponbashi dahulu ya (kalau sempat saya citer pasal Namba pulak :p )
Den-den Town, Nipponbashi
Sewaktu saya di sana, memang boleh kata selalu juga turun ke Nipponbashi ni. Daripada awal datang ke Jepun sampailah dah nak balik ke Malaysia semula, kalau nak cari barang2 elektrik atau gadget etc memang datang sini punya. Nak cari tv, kamera, mini-compo (hahah orang lama!), kamus elektronik, apa saja. Harga murah dan banyak pilihan. Dan boleh tawar menawar lagi.
Kakilima kedai-kedai di Denden Town
Di dalam Bab 3 LCO juga ada satu scene sekilas di Nipponbashi di mana Hiro terpandang satu papan iklan lifesize model tengah posing tu kan. Lepas tu Hiro teringat yang kat bilik kelab dia pun ada juga papan yang serupa.
Sebenarnya babak sekilas itu adalah daripada pengalaman saya sendiri. Di universiti saya ada sebuah papan iklan yang sebegitu terpacak berdiri di dalam bilik research robotik. Setiap kali lepas kuliah di dewan bersebelahan, saya akan melalui bilik itu yang pintunya biasanya terbuka luas dan setiap kali juga saya akan tersenyum di dalam hati melihat Fukada Kyoko yang setia berdiri sambil tersenyum di celah-celah robot dan wayar-wayar berselirat. Memang tak kena tempat tapi pada masa yang sama kena pada tempatnya!
Fukada Kyoko tengah posing
Begitulah lebih kurang segmen ringkas DST untuk kali ni. Kalau ikutkan ada je benda nak cerita tapi nanti tak abis-abis pulak. Sebelum entri ni jadi berjela baiklah saya stop kat sini dulu ya. Lepas ni kalau ada scene kat Namba lagi saya cerita pasal Namba pulak ya.
Ok terima kasih kerana temankan saya membebel kat sini. Jangan lupa untuk mengikuti bab-bab LCO yang seterusnya okey. Kita jumpa lagi di segmen DST yang akan datang. Mata ne!
Nash Azly
http://www.penulisan2u.my/tag/lagu-cinta-osaka/
sedang mengumpul duit nak berjalan ke jepun. harap2 dapat jejak kaki kat sana satu hari nanti.
BalasPadaminsyaAllah harapan Farah tu akan terlaksana juga kelak.. :)
BalasPadam