Selasa, 5 Mac 2013
Kenapa aku menulis?
Salam semua,
Oleh kerana aku masih tak dapat menulis seperti dulu, maka aku akan paksa diri aku menulis di sini. Dan topik hari ini adalah, kenapa aku menulis?
Ya, kenapa menulis? Kenapa aku jadi penulis? Kenapa tak jadi pelumba kereta? Atau angkasawan? Atau bintang batu (rockstar)? Kenapa mesti jadi penulis?
Okey aku ada banyak sebab yang aku pernah fikirkan. Tapi hari ini aku nak cerita satu saja. Sebenarnya aku tak suka cerita pasal diri aku, tapi aku rasa sampai bila aku nak menyorok, so biar aku cerita. Satu je dulu.
Dari kecil aku memang suka membaca. Aku tak tahu sebab aku kecil lagi, tapi mak aku yang bagitau. Katanya aku umur 4 tahun dah boleh membaca dan ada je majalah ke komik ke yang aku pegang. Entahlah aku pun tak ingat sangat pasal tu, aku sedar-sedar je aku memang suka baca apa-apa je pun dari dulu lagi.
Habis tu apa kaitannya dengan jadi penulis? Begini kaitannya. Bila aku baca, aku berimaginasi. Aku bayangkan aku bersama-sama watak menempuh jalan cerita sampai ke tamat. Kalau komik lagilah senang kan nak berimaginasi. Jadi, bila aku banyak berimaginasi, aku mula teringin nak jadi seperti mereka. Yep, watak-watak komik dan cerita2 telah menjadi idola aku secara sedar tak sedar.
Aku nak jadi angkasawan, aku nak jadi pelumba kereta, aku nak jadi bintang batu, aku nak jadi superhero dan macam-macam lagilah. Semua benda aku nak jadi. Tapi tu dalam kepala sajalah. Realitinya aku badan kecik, tak kuat, lari tak laju, main bola tak reti dan pemalu tak bertempat (sampai sekarang, cuma tang badan tu je skarang dah besar giler).
Sebab aku suka membaca, so secara automatik kat sekolah aku cepat pickup. Dan cemerlang jugaklah aku ni. Bila dah cemerlang tu kenalah maju ke atas lagi kan. So entah macam mana aku pergi jadi jurutera pulak. Entah apa-apa tah. Takda dalam list angan-angan aku pun masa kecik dulu. Gila apa kecik2 fikir nak jadi jurutera. Tapi sekarang dah jadi kan, so bersyukur sajalah.
OK sebelum semakin meleret dengan sejarah diri ini, biar aku habiskan cerita kat sini. Bila dah jadi jurutera, aku rasa bosan. Ini bukannya apa yang aku nak. Aku nak jadi benda-benda yang aku nak jadi masa kecik dulu. Aku nak jadi superhero, nak jadi romeo, nak jadi pembunuh upahan. Tapi dah besar mana lah sempat nak tukar profesion jadi angkasawan ke pelumba kereta ke. Pembunuh upahan? Laaagilah....harrommm. Takat jadi uncle-sawan atau pelumba haram boleh la kot.
So aku mula fikir macam mana aku boleh jadi semua tu serentak. Dan aku rasa Tuhan jadikan aku jurutera pun bersebab. Dengan kepala otak jurutera akulah aku boleh fikir sampai dapat jawapan kepada persoalan aku tu. Jawapannya adalah ; cipta sajalah dunia di mana aku adalah apa yang aku ingin jadi. Dan dunia itu adalah dunia fiksyen. Maka di sinilah aku berada sekarang. Di sini, di dalam dunia fiksyenku, aku adalah apa saja yang aku inginkan. Kebebasan mutlak untuk menjadi apa saja. Baguskan?
So, adakah ini bermakna impian aku sudah tercapai? Hahahah gelak dulu. Ini baru jumpa jalan. Yang bestnya dan siksanya, jalan ini tak berpenghujung. Selagi aku tak dapat jadi semua benda yang aku nak jadi, aku takkan berhenti menulis. Kot. Ya. Pasti. Gambaru.
Huh, tanak cerita pasal diri konon. Tengok panjang berjela jugak dia bebel. Oklah sampai sini saja. Dah dah pergi masuk balik dalam cengkerang.
Nash Azly
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Satu sebab yang bagus, Nad.
BalasPadammungkin ada juga sebab yg bodoh kenapa saya menulis tp yg tu saya simpan sendiri je la..heheh
Padam