Isnin, 7 Oktober 2013

Update : Zon Selesa

Assalam semua,

Saya dah lama tak update blog ini. Adakah saya juga dah lama tak menulis? Ya betul. Dah sangat lama sampai saya dah mula menyampah dengan keadaan saya ni. So saya dah buat keputusan. Untuk apa? Untuk menulis ke? Heh, karang buat keputusan menulis lepas tu tak menulis jugak, buat malu je.

Bukan. Saya dah buat keputusan untuk tidak berada di dalam zon selesa. Untuk sentiasa keluarkan diri saya daripada zon selesa. Setiap hari. Kalau dah selesa dengan ketidakselesaan tu, keluarkan lagi sekali supaya tak selesa semula.

So apa kena mengena dengan menulis? Bagi penulis amatur macam saya, proses menyiapkan manuskrip adalah satu proses yang sangat tak selesa. Perlu menyiapkan draf, editing, tulis semula dan lain2 yang sangat memenatkan. Fikir je pun dah penat. Kenapa nak susah2 penat2 menulis sedangkan dah hidup selesa dah sekarang makan gaji? Ha, itulah persoalan yang membuatkan saya perlu bertindak.

Bagaimana caranya nak keluar dari keselesaan ini? Sebenarnya ada banyak cara. Menulis entri ini di waktu bekerja kat ofis pun salah satu daripadanya. Dengan rasa bersalah dan macam2 lagi, saya terus menulis entri ini. Well saya ada reason saya sendiri ok. Tolong jangan judge saya makan gaji buta ke apa ke.

Selain itu, antara perkara2 lain adalah seperti park kereta di kawasan selain kebiasaan, kalau naik bas atau tren, cuba duduk di koc atau tempat yang lain daripada kebiasaan. Pakai pakaian yang sedikit berbeza, tukar gaya rambut kepada yang sedikit berbeza, atau cuba berjalan dengan cara yang berbeza.

Saya juga cuba fikir apakah perkara yang saya nak buat tapi saya selalu tangguh atau bagi alasan kat diri saya sebab saya nak elak daripada buat. Bila dah identify, saya akan buat. Takyah fikir alasan dah, buat saja. Get it over with, dan move on with my life.
 
Mungkin orang lain tak ada masalah ni, mungkin saya seorang saja. So saya kenalah handle kan, sapa lagi nak handle kalau tak saya sendiri. Eh, masalah ke ni? Masalah pun ya, tapi saya lebih suka lihatnya sebagai cabaran. Cabaran zon selesa.

Dan tidak menulis juga adalah satu cabaran keselesaan yang wajib saya atasi.


Nash Azly