Rabu, 20 Jun 2012

Aktiviti : Kad Bisnes

Salam semua,

Apa khabar? Semoga semua di dalam keadaan sihat dan ceria.

Tak ada update yang menarik sangat pun untuk kali ini. Kalau rajin nak baca saya membebel boleh teruskan. Terima kasih.

Baiklah mari mulakan. Hari ini saya pergi buat kad bisnes. Inipun adalah di atas saranan kawan-kawan. Secara peribadi, saya tak nampak sangat fungsi kad bisnes. Mungkin mindset saya belum cukup bisnes lagi kot sampai nak kena ada kad-kad bagai. Selama ini saya dapat kad daripada orang pun.. hmm ada juga yang saya tengok balik, tapi 99% memang taktau la letak kat mana.

Tu sebab saya sendiri pada awalnya tak berapa setuju nak buat. Tapi dah semua suruh buat, saya buat sajalah. Dan hasilnya seperti di bawah ini.




Ok tak? Boleh la kan, untuk first timer. Harga pun murah saja, RM30 satu set. Nak print gambar ke apa ke tak kisah, harga tu jugak. Entah-entah memang standard, cuma saya je yang jakun noob.

Designing? Buat sendiri saja, then brader kedai tu tolong edjas-edjas apa yang patut.

Bila nak pakai kad ni? Ha, soalan tu saya pun taktau nak jawab macam mana. Bawak jela pergi mana2 nanti. Jumpa orang kasik je la kot.

Teringat zaman budak2 dulu buat bisnes kad ada gambar FidoDido ikon 7up tu. Tak ingat harga baper tapi murah je. Peh sekolah rendah lagi dah ada bisnes kad kau.. memang sayang la nak bagi orang. Last-last entah mana tah perginya.

Harap2 kad kali ini akan memberikan manfaat berbanding dulu. Baik kepada saya, baik kepada penerima. Give and take lah orang putih kata.

Okey sampai sini saja bebelan saya untuk hari ini. Sehingga berjumpa lagi, wassalam dan bye2.

Nash Azly  

3 ulasan:

  1. Comelnya kad. Akak pun sudah beberapa kali diminta kad tetapi tak juga buat-buat.

    BalasPadam
  2. kat tempat gue boleh dapat RM28 / set..hihihihi

    BalasPadam
  3. @akak MK kejap je kak tak sampai stgh jam dah buleh siap..

    @RSN harga dia rm29 utk kertas licin saya amik yg kertas kasap tu rm30.. okeylah kannnnn

    BalasPadam