Sabtu, 4 Mac 2017

Temuramah Sensasi Bersama Nash Azly

Berikut adalah sesi interview acah-acah sensasi saya dengan penulis sejuk beku Nash Azly.

Saya : Assalamualaikum saudara Nash Azly.
Nash Azly: Waalaikumussalam.

S : Ke mana saudara menghilang selama ni?
NA : Eh ada je. Cuma biasalah, bila tak ada karya, orang tak nampak lah. 

S : Macam halimunan lah ni ya. Kenapa tak ada karya? Saudara dah tak menulis ke?
NA : Er.. ya, saya nak kata menulis tu menulis jugak tapi tak pernah habislah. Semuanya sekerat jalan, maka tak ada hasil karya apa-apalah. 

S : Apa yang saudara tuliskan tu?
NA : Er.. mm.. oklah saya mengaku yang sebenarnya saya dah tak menulis.

S : Kan senang kalau mengaku. Habis tu, kalau tak menulis, saudara buat apa sekarang?
NA: Saya sekarang banyak buat aktiviti outdoor macam hiking, running, diving, photography dan traveling. Kalau nak follow saya di Instagram, ID saya @nashazly. Saya aktif di Instagram.

S : Semua aktiviti nama omputih ya. Kalau macam tu, saudara dah kira berhenti daripada menulislah ya?
NA : Saya tak berhenti menulis, cuma perjalanan penulisan saya terhenti buat sementara waktu.

S : Sama lah tu. Ada saja jawapan ya. Oklah, rasa-rasa saudara, akan ada tak karya yang akan terhasil di bawah nama Nash Azly ni? Ke akan tinggal nama saja?
NA : Buat masa ini saya akan jawab tak ada sebab tak ada satu pun karya saya yang dah siap, mahupun yang bakal saya siapkan. Tapi di masa depan kemungkinan itu masih ada.

S : Tak silap saya, karya terakhir saudara adalah cerpen 'Tiga Bala' yang terbit pada tahun 2014 di dalam antologi cerpen Gaun Berdarah terbitan Karangkraf. Sudah 3 tahun lepas tu. Dalam 3 tahun ni tak ada satu cerpen pun yang saudara tulis?
NA : Er.... tak ada...

S : Untuk interview ni saya ada buat research sikit pasal saudara. Baru-baru ini saudara ada update blog sawang Ekspresia dan saudara ada buka blog travelog baru kan? Travelog Nash ke apa tah namanya. Tapi dah 3 bulan tak update. Lepas tu ada satu entri je pulak tu. Macam pelik je. Kenapa buka blog baru kalau tak update apa2?
NA : Makin lama soalan kau ni makin panjang daripada jawapan yang aku boleh bagi. OKlah sejujurnya saya cuba untuk kembali ke jalan penulisan. Kira macam reboot lah, bermula semula dengan blog, dan cuba-cuba tulis travelog since saya banyak berjalan kan. Tapi itulah, semuanya separuh jalan saja setakat ni.

S : Bila pergi jalan-jalan tak separuh pulak ya. Tau pulak balik semula ke Malaysia.
NA : *sengihkerang

S : OKlah saudara, cukup-cukuplah saya bahan saudara hari ini. Saya harap saudara teruskan usaha menulis walaupun sepatah. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saudara kan suka hiking, menulis macam panjat bukit juga, sikit-sikit lama-lama nanti sampai juga ke puncak. Betul tak?
NA : Terima kasih di atas nasihat yang diberikan. InsyaAllah saya akan teruskan perjalanan penulisan saya ini walaupun merangkak memanjat mahupun mengengsot.

S : Betul tu saudara. Jangan sembang saja ok, kami nak bukti tau. Oh ya, untuk kasi saudara pressure sikit, rasa-rasa saudara akan fokus untuk penulisan yang bagaimana di masa yang terdekat ini? Dan ada projek apa-apa tak?
NA : Projek tu tak ada, tapi di masa terdekat ini target saya adalah untuk tambah entri di travelog Nash, dan sambil-sambil tu tulis cerkon kat blog sawang Ekspresia tu je. Malaslah nak ambitious lebih-lebih, karang lepas 2,3 tahun kau bahan aku lagi pulak.

S : Ya, itu sudah mesti. Bahan tetap bahan. Baiklah saudara, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. No heart feeling okey?
NA : Terima kasih juga kerana sudi temuramah saya. Walaupun pedih tetap kuterima jua segala.

S : OK saudara. Selamat maju jaya, saya harap saya boleh interview saudara lagi bila saudara dah keluar karya seterusnya ya walaupun taktau bila. Akhir kata, bawak-bawaklah tukar gambar profile facebook saudara tu. Dah berzaman kot gambar Main Gila dengan Gaun Berdarah tu.
NA : Ya, saya tukar, terima kasih. *mengalir air mata

*Sesi interview ini dibuat di dalam kepala otak Nash Azly pada malam 3 Mac 2017. 

 


Tiada ulasan:

Catat Komen