Khamis, 1 Disember 2016
Travelog
Salam semua,
Aku dah start menulis travelog.
Aku tak sure nak tulis kat sini atau buat blog baru.
Aku tau blog2 ni macam dah obsolete, tapi buat masa ni aku buat je la blog baru.
So kalau rajin sila lah jenguk kat bawah ni.
Travelog NaSh
Nanti jelah fikir nak buat camne.
Asik fikir je karang, apa pun tak buat.
Baik buat je dulu, fikir kemudian.
Eh fikir sambil buat.
Apa-apalah.
Enjoy.
nash azly
Rabu, 8 April 2015
Boracay : Day 1
Matahari mula melabuhkan tirai. Taburan bot layar dan catamaran membayangi pemandangan. Cantik. Sudah banyak sunset yang aku saksikan di merata-rata Asia Tenggara, namun setiap kali juga ia akan mengesan pada diriku.
Suasana di Section 3 pulau Boracay masih meriah. Sekumpulain pelancong eropah dengan jaket keselamatan baru tiba di pantai dengan catamaran. Sepasang pengunjung asia berkulit cerah, barangkali dari China atau Korea sedang asyik bergambar menggunakan batang selfie yang popular kini. Ada juga beberapa anak2 tempatan yang berdiri saja2 di sudut2 deretan kedai, menikmati pemandangan pengunjung yang lalu-lalang.
"Hey, tomorrow sea activity?" tanya seorang penarik pelanggan kepadaku. Selain pengunjung, mereka ini yang mencari makan dengan memberi perkhidmatan pada pengunjung juga ramai membanjiri pantai. Dan sejak setengah jam lepas, dia ini bukanlah yang pertama menegurku.
"No, thanks."
Aku baru sangat tiba. Kepalaku masih sedikit berat dek perjalanan sepanjang hari. Masih belum masanya untuk memikirkan tentang aktiviti esok. Malam ini kan baru bermula...