Rabu, 8 April 2015

Boracay : Day 1

Matahari mula melabuhkan tirai. Taburan bot layar dan catamaran membayangi pemandangan. Cantik. Sudah banyak sunset yang aku saksikan di merata-rata Asia Tenggara, namun setiap kali juga ia akan mengesan pada diriku.

  Suasana di Section 3 pulau Boracay masih meriah. Sekumpulain pelancong eropah dengan jaket keselamatan baru tiba di pantai dengan catamaran. Sepasang pengunjung asia berkulit cerah, barangkali dari China atau Korea sedang asyik bergambar menggunakan batang selfie yang popular kini. Ada juga beberapa anak2 tempatan yang berdiri saja2 di sudut2 deretan kedai, menikmati pemandangan pengunjung yang lalu-lalang.

  "Hey, tomorrow sea activity?" tanya seorang penarik pelanggan kepadaku. Selain pengunjung, mereka ini yang mencari makan dengan memberi perkhidmatan pada pengunjung juga ramai membanjiri pantai. Dan sejak setengah jam lepas, dia ini bukanlah yang pertama menegurku.

  "No, thanks."

  Aku baru sangat tiba. Kepalaku masih sedikit berat dek perjalanan sepanjang hari. Masih belum masanya untuk memikirkan tentang aktiviti esok. Malam ini kan baru bermula...


Tiada ulasan:

Catat Komen